Travelog Nota Perempuan Backpacker. Klik pada gambar untuk beli di Shopee.

Azzah AR adalah penulis yang mengembara, peminat tegar banyak hal tentang Korea, pakar mencari maklumat di Google, dan tsundoku sejati.

Telah menghasilkan puluhan karya penulisan dalam bentuk buku, e-book, artikel, dan sebagainya sejak 2007. Antaranya, travelog Nota Perempuan Backpacker, buku kanak-kanak Adam’s Magical Adventure In Nami Island (bersama ilustrator Alam Anuar), e-book 73 Jalan Menulis Buku Sampai Siap, dan novel sejarah Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin, Perempuan.

Apabila rajin, dia melakukan kerja-kerja suntingan serta baca pruf manuskrip buku, terjemahan, dan sesekali mereka bentuk kulit dan susun atur buku di bawah label Nuun Creative Books miliknya sendiri. Antara buku yang diterjemahkan dan disunting oleh dia ialah:

  • Orang-Orang Biasa (Andrea Hirata)
  • Guru Aini (Andrea Hirata)
  • Margaretta Gauthier (terjemahan oleh HAMKA)
  • Seteguh Gunung Fuji Berdiri (Mohd Hariri Mohd Daud)
  • Be Eshme Elohim (working title) (Dr Maszlee Malik)
  • Lukisan Pena Pulau Nami / Nami Island In Ballpen Drawings (Jeon Myeong Jun, CEO Nami Island).

Rezeki pengembaraan dia setakat Januari 2021 ialah ke 31 buah negara, iaitu:

  • Kesemua negara ASEAN (kecuali Myanmar)
  • Asia Timur: Korea Selatan, Jepun, Taiwan, China, Hong Kong
  • Asia Selatan: India
  • Timur Tengah: Turki, Saudi Arabia, Jordan, Palestin, UAE
  • Afrika: Mesir
  • Eropah: England, Perancis, Belgium, Belanda, Jerman, Republik Czech, Sepanyol, Itali, Slovenia, Hungary
  • Oceania: Australia

Perjuangan Azzah dalam industri konten ialah memandaikan bangsa. Mohon doakan. Terima kasih.


Sebarang urusan rasmi, undangan acara, reviu produk dsb, mohon e-mel ke sini.