3 0
Read Time:50 Second

Amboi, tajuk macam pemimpin negara sangat.

Aku tak berminat pun mahu jadi pemimpin negara. Selagi negara ini berpolitik, selagi itu aku takkan jadi pemimpin negara dan kau pun tahu mustahil Malaysia akan berhenti berpolitik.

Maksud aku, aku nak beri souvenir kepada rakyat di negara aku, Malaysia. Souvenir yang aku peroleh daripada hampir 10 tahun mengembara ke 31 negara, iaitu ilmu, pengetahuan, dan pemikiran. Yalah, manalah mampu aku nak belikan fridge magnet untuk 30 juta rakyat Malaysia. Jadi, dengan penulisan blog, buku, gambar, dan video-video kembara, aku harap semuanya jadi souvenir terbaik buat semua yang mengikuti aku di mana-mana media sosial. Dan semoga ada manfaatnya.

Antara konten yang aku rancang untuk masukkan di blog, Instagram, Facebook Page, dan YouTube dengan brand “Perempuan Backpacker” bermula Januari 2021 ialah:

  • Travelog
  • Tip kembara
  • Tip hospitaliti untuk homestay tempatan
  • Pemikiran
  • Random rant
  • Apa-apa yang dirasakan perlu untuk aku sampaikan

Terima kasih kepada yang menjadi antara pembaca awal blog baru aku ini. Blog kedua selepas 12 tahun blog rasmi pertama aku di-revamp.

About Post Author

Azzah AR

She is a travel writer, a pro Google searcher, an avid K-Fan, and a real tsundoku. Her KPI for travelling is one destination per month - locally or internationally, as long as she can go out at least 90 km from her residence. If she failed to achieve it, she will instantly feels old. So currently she feels old because of the pandemic. Sad.
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
100 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *