2 0
Read Time:1 Minute, 19 Second

Semasa aku ke Seoul pada bulan Februari 2020 (sebelum pandemik meletus besar-besaran), aku menginap di guesthouse kecil comel di kawasan Hoehyeon – antara Myeongdong dengan Namdaemun.

Ia sebuah apartmen studio yang super kecil, tapi muat dengan semua ini:

  • 1 katil queen
  • 1 kabinet dapur 2 tingkat, siap perkakasan masak dan makan
  • Dapur elektrik
  • 1 mesin basuh (di bawah dapur)
  • 1 peti sejuk mini
  • 1 meja makan lipat + 2 kerusi lipat
  • 1 rak TV
  • 1 TV
  • 1 aircond
  • Floor heater
  • Modem WiFi
  • Pengering rambut
  • 1 bilik air + tandas
  • 1 almari baju
  • 1 ampaian kain boleh lipat
  • 1 jam dinding

Mula-mula tengok gambar di AirBnB, aku tak dapat bayangkan langsung keluasan apartmen ni. Nampak lengkap dengan semua peralatan rumah, aku jangka agak luas. Rupa-rupanya, sangat muat-muat dan cukup-cukup. Bolehlah letak dua bagasi, dan ada ruang muat-muat untuk sujud.

Sangat memaksimumkan ruang.

Tetapi apa yang lebih menarik, keseluruhan apartmen kecil ini dicomelkan dengan tema Hello Kitty sepenuhnya!

You name it. Daripada sarung bantal dan cadar, pelapik tandas, selipar tandas, bekas sabun, bakul sampah, lampu, jam dinding, tuala, alas kaki, pinggan mangkuk – semuanya Hello Kitty!

Bagi aku sebagai pelanggan, rasa terhibur dan ceria.

Bagi aku sebagai konsultan, hos adalah seorang yang gigih dan bersungguh-sungguh menyediakan yang terbaik untuk guesthouse dan pelanggannya. Tentu sekali aku beri reviu 5 bintang!

Di Korea bukan sahaja guesthouse yang ada tema begini, malah backpackers hostel pun sama. Ada hostel yang bertemakan KPOP, ada yang bertemakan telur ayam, dan macam-macam lagi.

So, kalau kau punya homestay sendiri, kau nak buat tema apa?

About Post Author

Azzah AR

She is a travel writer, a pro Google searcher, an avid K-Fan, and a real tsundoku. Her KPI for travelling is one destination per month - locally or internationally, as long as she can go out at least 90 km from her residence. If she failed to achieve it, she will instantly feels old. So currently she feels old because of the pandemic. Sad.
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *