Puan Guru, mentor yang aku hormati, pada 29 Disember 2020 telah menerjah aku dan sahabat-sahabat yang menziarah beliau di Janda Baik untuk buat Live di FB Page beliau, Puan Ainon Mohd.

Terkedu kerana sangat tiba-tiba. Baru saja tiba, belum bertanya khabar pun (kerana ada tetamu lain), terus sahaja puan cakap, “Kita Live sebentar lagi.”

Gulp! Topik apa?

“Menarik Duit Pelancong Korea Ke Homestay Tempatan.”

Tu dia!

Kali terakhir aku ke Janda Baik, memang aku ada suarakan yang aku agak lost. Tak tahu mahu buat apa untuk masa depan. Aku sudah putus asa dengan “industri” buku – bukan industrinya, tetapi sikap para pemainnya. Aku lemau ya amat kerana tidak nampak cahaya selepas Covid-19 yang menggelapkan industri pelancongan. Namun aku masih dihidupkan oleh Tuhan, maka aku perlu buat sesuatu yang baru, tanpa meninggalkan kembara, buku, dan penulisan.

Topik Live ini jawapannya. Sungguh, puan sebenarnya sangat mengenali kami mentee-mentee beliau, yang rajin menggali ilmu, tetapi selalu tersasar dalam pelaksanaan.

Tonton video ini di FB Page Puan Ainon Mohd., video yang mencetuskan cabaran baru untuk aku terus menjalani hidup yang bermasa depan. Insya-Allah.