1 0
Read Time:2 Minute, 1 Second

Memori naik Metro / subway paling menggelengkan kepala, setakat ini di India. Spesifik, Delhi Metro.

Kena pula hari Ahad. Orang keluar berlibur. Dan pengalaman itu dilalui pada hari terakhir kami di India, sewaktu kudrat sudah ibarat lampu amaran di dada Ultraman.

Beberapa kali kami berulang-alik naik tren untuk ke sana sini. Dan baru kami tahu, stesen Metro di sana tidak seperti di negara lain yang selalunya kurang 1 km untuk berjalan kaki dari stesen ke lokasi tarikan. Di Delhi, selepas turun dari tren, perlu naik kenderaan lain lagi untuk ke destinasi yang mahu dikunjungi, sekurang-kurangnya 2 km. Semuanya itu yang menyumbang kepada kekeringan tenaga kami, selain cuaca panas dan keserabutan penduduk tempatan yang entahlah disebabkan apa.

Paling menduga, setiap kali tren Metro berhenti di satu stesen bernama Rajiv Chowk. Tren yang asalnya aman, semua orang duduk / berdiri buat hal masing-masing – yang bising pun, cuma muda-mudi yang bergurau sesama sendiri – terus bertukar menjadi medan perang sebaik tiba di stesen ini!

Seramai-ramainya penumpang merempuh masuk. 99.99% lelaki. Bertempur dengan yang mahu keluar!

Aku yang terpisah daripada kawan-kawan di gerabak lain, mujur sahaja tidak pitam dihimpit dan ditolak. Beg sandang dipeluk erat. Gigih aku berusaha untuk stabilkan kaki yang berdiri, kerana tak ada ruang langsung pada palang dan rel yang dapat dipegang.

Rempuhan itu sangat merisaukan. Ngeri kerana aku terbayang kemungkinan cermin tren pecah, ataupun koc terbalik kerana tolakan yang sangat kuat. Aku sampai terkenangkan tragedi terowong Muaissim, Mina (1990). Namun di Delhi, mereka melakukannya sambil bergelak ketawa. Macam terhibur sangat.

Dan apabila tiba giliran aku pula mahu keluar dari tren di stesen seterusnya, rasa seperti mahu bertakbir sambil julang panji-panji qabilah.

Pengguna tren di bandar bertamadun tinggi seperti Tokyo Metro, Seoul subway, Sydney Metro, Istanbul tramvay / Metro, Hong Kong MTR, kota-kota Eropah, dan terhampir Singapura MRT, malah KA di Jakarta, tidak ada yang aku temui seperti di Delhi. Jadi, pengalaman ini mengejutkan dan mengusutkan.

Aku berfikir panjang.

Apakah kemiskinan yang mencorakkan sikap diri?

Kemiskinan apa?

Lalu, apa pula solusinya?

Dunia semakin sebati dengan kemajuan teknologi. Mungkin aku perlu pujuk hati supaya merendahkan harapan sendiri. Harapan yang lama berada di tempat tinggi. Harapan yang sering kali muncul setiap kali jasad tidak berada di tanah tumpah darahku ini.

Harapan mahukan Kuala Lumpur jauh lebih baik berbanding Delhi.

Foto: New Delhi Metro Station. Februari 2017. Aku kena marah sebaik selepas ambil foto ini. Rupa-rupanya memang ada larangan rasmi. Tet.

About Post Author

Azzah AR

She is a travel writer, a pro Google searcher, an avid K-Fan, and a real tsundoku. Her KPI for travelling is one destination per month - locally or internationally, as long as she can go out at least 90 km from her residence. If she failed to achieve it, she will instantly feels old. So currently she feels old because of the pandemic. Sad.
Happy
Happy
50 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
50 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published.